Mulanya Dibuang Kerja... Kemudian, Jana RM12,000 Dalam Masa 48 Jam Dengan "Skills" Menggunakan Canva!
Izinkan saya kongsi kisah bagaimana apps Canva mengubah perjalanan hidup saya. Ini bukan kisah rekaan. Ini kisah sebenar saya, seorang lelaki biasa yang kehilangan pekerjaan dan kemudiannya bangkit hingga mampu menjana RM12,000 hanya dalam masa 48 jam.
Musibah Pandemik!
Pada tahun 2020, dunia berubah sekelip mata. Pandemik COVID-19 melanda, dan dalam keadaan ekonomi yang teruk, saya kehilangan pekerjaan saya sebagai jurufoto berita. Selepas 5 tahun berkhidmat dengan portal berita terkenal, saya tidak pernah menjangka bahawa satu hari saya akan menerima notis pemberhentian.
Hari terakhir saya pulang dari
pejabat adalah antara detik
paling berat dalam hidup saya.
Saya memandu tanpa arah, dan
akhirnya berhenti di sebuah
pondok kecil di tepi
lebuhraya. Sambil memandang
jauh ke arah jalan yang
lengang akibat PKP, fikiran
saya dipenuhi pelbagai persoalan:- “Apa lagi aku boleh buat? Adakah bidang fotografi dan rekaan grafik ini masih ada harapan untuk aku?”
Sebagai seseorang yang bekerja keras untuk membina kerjaya, perasaan kehilangan pekerjaan ini memang cukup menghancurkan. Masa depan nampak kelam. Tetapi saya tak mahu menyerah.
Perjalanan Baru Bermula
Dua bulan selepas diberhentikan kerja, saya masih ingat betapa sunyinya hari-hari saya. Setiap pagi terasa kosong. Tak ada lagi rutin bangun awal, bersiap untuk ke pejabat, atau cabaran tugasan harian. Saya hanya duduk di rumah, bertanya kepada diri sendiri, "Apa lagi yang aku boleh buat sekarang?"Ketika itu, simpanan makin menyusut. Hutang kecil mula terkumpul. Dan saya, seorang jurufoto berita yang dulu bangga dengan kerjaya saya, kini berasa seperti tidak lagi berguna.
Satu hari, telefon saya
berdering. Seorang kenalan
menghubungi saya. Dia
menawarkan projek kecil –
rekaan muka depan untuk sebuah
buku politik. "Bayarannya
tak besar, tapi saya percaya
kau boleh buat," katanya.
Saya terima sahaja tawaran
tersebut tanpa banyak soal.
Ia adalah peluang kecil, tapi
cukup untuk memberi saya satu
harapan baru. Kerja itu membawa saya kembali kepada sesuatu yang pernah saya minati – rekaan grafik. Saya sudah tidak ada akses untuk gunakan perisian canggih seperti mana yang pernah saya gunakan sewaktu berkerja di pejabat dahulu, iaitu Adobe Illustrator, jadi, saya mencari alternatif lain yang PERCUMA dan akhirnya, berjumpa dengan Canva.com.
Anda Baru Tahu Pasal Canva.com Ini?
Jika ini kali pertama anda mendengar tentang Canva, saya ada sesuatu yang istimewa untuk anda – sebuah ebook PERCUMA sebagai langkah pertama untuk anda memahami potensi luar biasa Canva!Ebook ini adalah untuk anda. Ia direka untuk membantu anda membuka minda, melihat peluang yang ada, dan memahami bagaimana kemahiran menggunakan Canva boleh menjadi aset yang sangat berharga.
Anda hanya perlu masukkan nama dan email anda sahaja untuk dapatkan ebook dibawah ini secara PERCUMA!

Canva Menjadi Penyelamat
Baik! Sambung cerita saya tadi... dengan Canva, saya mula mencipta semula rasa percaya diri saya. Saya mereka bentuk muka depan buku itu dengan sepenuh hati. Ia lebih daripada sekadar projek kecil. Ia adalah simbol bahawa saya masih boleh bangkit.Selepas projek itu selesai, saya mula mendapat tempahan lain – rekaan untuk media sosial, poster, dan bahan promosi. Semua ini saya lakukan dari rumah, hanya menggunakan Canva dan telefon pintar saya. Canva menjadi alat utama saya, bukan sekadar untuk bekerja, tetapi untuk membina semula diri saya.
Canva memudahkan segalanya.
Dengan menggunakan smartphone
dan dalam
masa beberapa minit, saya dapat
menghasilkan rekaan yang
kelihatan profesional. Setiap
kali saya menghantar hasil
kerja kepada pelanggan dan
mendengar mereka berkata,
"Wow, cantiknya!" saya
rasa seperti menemui semula
nilai diri saya. Kemuncak: RM12,000 Dalam 48 Jam
Dan kemudian, datang satu peluang besar. Satu projek yang memerlukan beberapa puluh rekaan disiapkan dalam masa dua hari. Saya tahu ini adalah ujian besar. Tetapi dengan Canva, saya percaya saya mampu melakukannya.Selama 48 jam, saya berusaha siang dan malam. Sayahanya menggunakan laptop saya dan semua "skills" yang saya tahu – dari teknik rekaan asas hingga trik-trik Canva yang saya pelajari sendiri. Ketika semuanya selesai dan bayaran mula masuk, saya masih tidak percaya. Saya berjaya memperolehi RM12,000 hanya dalam masa dua hari?
Ia adalah saat di mana saya
sedar: kemahiran rekaan grafik
dengan Canva bukan hanya alat.
Ia adalah peluang untuk
membina semula hidup. Ia
adalah cara untuk berdiri
semula, untuk terus percaya
bahawa kita mampu mencipta
sesuatu yang luar biasa
walaupun bermula dari bawah.
Mungkin... Anda Pun Sama!
Saya tahu ada ramai di luar sana yang mungkin sedang berada di tempat yang saya pernah lalui. Terasa buntu, mencari harapan, dan tak pasti apa langkah seterusnya. Anda mungkin tidak tahu bahawa kemahiran kecil seperti rekaan grafik boleh membuka pintu peluang yang sangat besar dalam hidup anda.Itulah sebabnya saya mahu berkongsi apa yang saya tahu – pengalaman, teknik, dan strategi – supaya anda juga boleh mencipta peluang anda sendiri. Kalau saya, seorang yang hilang pekerjaan dan bermula dari kosong, boleh melakukannya... saya yakin anda juga mampu.
Disebabkan itulah saya tergerak hati untuk menulis Ebook "Duit Canva" ini. Saya mahu berkongsi semua yang saya tahu, supaya anda juga boleh belajar dan berjaya.
Ebook ini bukan hanya tentang
Canva. Ia tentang memberi anda
alat dan keyakinan untuk
bangkit semula. Perjalanan ini
bukan mudah, tapi ia berbaloi.
Dan saya di sini untuk
membantu anda memulakan
langkah anda yang pertama!
Apa Yang Terkandung Dalam eBook Ini?
Ebook "Duit Canva - Bagaimana Saya Jana RM12,000 Dalam Masa 48 Jam Dengan Skills Canva" ini, saya tulis dengan gaya santai untuk membantu anda, tak kira sama ada anda seorang yang baru nak mengenali canva atau sudah ada sedikit pengalaman dalam rekaan grafik.Berikut adalah apa yang terkandung dalam ebook ini:-
Bab ini memperkenalkan Canva sebagai alat rekaan grafik yang mesra pengguna. Anda akan belajar mengapa Canva menjadi pilihan ramai, bagaimana ia mempermudahkan proses rekaan yang dahulunya rumit, serta kelebihan Canva berbanding perisian grafik tradisional seperti Adobe Photoshop dan Illustrator.
Bab 2: Asas Aplikasi Canva
Bab ini memberikan panduan asas tentang penggunaan Canva, termasuk cara memulakan projek rekaan, memilih template, dan menggunakan fungsi-fungsi utama seperti elemen, teks, dan tipografi. Ia disusun untuk memastikan anda dapat memahami asas Canva dengan mudah, walaupun anda baru bermula.
Bab 3: 5 Cara Buat Duit Dengan Skill Canva
Dalam bab ini, anda akan diperkenalkan kepada lima cara praktikal untuk menjana pendapatan dengan kemahiran Canva. Bab ini akan membuka peluang dan minda anda untuk mengubah kemahiran rekaan grafik menjadi pendapatan sebenar.
Bab 4: Membina Reputasi dan Rangkaian
Bab ini menekankan kepentingan membina reputasi profesional dan rangkaian sosial dalam bidang grafik. Anda akan belajar strategi untuk membina portfolio menarik, memanfaatkan media sosial untuk promosi, dan cara mengembangkan hubungan baik dengan pelanggan serta komuniti.
Bab 5: Kisah Benar - Bagaimana Saya Jana RM12K Dalam Tempoh 48 Jam
Bab ini adalah kemuncak ebook di mana saya kongsikan kisah sebenar bagaimana saya berjaya menjana RM12,000 hanya dalam masa 48 jam. Saya kongsikan apa projek yang saya buat. Diharapkan, pengalaman ini dapat memberikan anda inspirasi dan panduan praktikal untuk mencontohi kejayaan tersebut.
Bab 6: Tips untuk Newbie
Bab terakhir ini menyediakan tip dan panduan khas untuk orang baru yang mahu memanfaatkan Canva. Anda akan belajar cara meningkatkan kemahiran secara konsisten, mengelakkan kesilapan biasa, dan mengatur masa serta sumber untuk memastikan perjalanan pembelajaran anda lebih cepat dan berkesan.
Setiap bab dalam ebook ini dirancang untuk memberikan panduan praktikal dan motivasi kepada anda, tidak kira sama ada anda baru bermula ataupun mahu membawa kemahiran Canva anda ke tahap yang lebih tinggi.
Dengan penulisan yang mudah difahami, ebook ini sesuai untuk sesiapa sahaja – sama ada anda seorang pelajar, suri rumah, atau individu yang sedang mencari peluang baru. Anda akan belajar bukan sahaja cara menggunakan Canva untuk menghasilkan rekaan yang profesional, tetapi juga strategi untuk menjana pendapatan dari kemahiran ini.
Apa Kata Mereka?
Jom kita lihat apa kata mereka yang telah membaca ebook ini!




Pelaburan Kecil, Pulangan Besar!
Anda mungkin berfikir, "Berapa banyak yang saya perlu laburkan untuk mempelajari semua ini?" Jawapannya mudah: Hanya RM30 sahaja!Ya, dengan hanya RM30, anda akan mendapat panduan lengkap untuk menjana pendapatan dengan Canva, kemahiran yang telah membantu ramai individu mencipta peluang baru dalam hidup mereka.
Fikirkan ini... RM30 mungkin adalah jumlah yang anda belanjakan untuk makan tengah hari atau kopi premium selama beberapa hari. Tetapi kali ini, RM30 anda.. adalah pelaburan ke dalam ilmu yang boleh membuka pintu kepada pendapatan tambahan yang stabil – bahkan peluang kerjaya baru.
Dalam ebook ini, anda bukan hanya membeli maklumat; anda sedang melabur untuk membina kemahiran yang boleh memberi pulangan berkali ganda.
Bayangkan, dengan satu projek rekaan grafik kecil yang anda pelajari dari panduan ini, anda sudah boleh menutup kos ebook ini. Setiap bab dalam ebook ini adalah alat yang boleh terus anda gunakan untuk memulakan langkah pertama, mendapatkan pelanggan pertama, dan membina kepercayaan dalam diri anda.
Tidak ada risiko besar di sini, hanya peluang untuk anda keluar dari zon selesa dan mencuba sesuatu yang baru. Jika saya, seorang yang bermula dengan kosong, boleh menggunakan kemahiran ini untuk menjana ribuan ringgit – saya yakin anda juga mampu. RM30 untuk memulakan perjalanan yang boleh mengubah hidup anda – adakah ini pelaburan yang berbaloi?
Sudah tentu!
Usah tunggu lagi. Klik butang dapatkan sekarang dibawah!

Sedia Melangkah Lebih Jauh?
Jika anda sudah bersedia untuk melangkah lebih jauh, saya ingin mengajak anda mendapatkan ebook utama saya: "Duit Canva – Bagaimana Saya Jana RM12,000 Dalam Masa 48 Jam Dengan Skills Canva".Ebook ini adalah panduan lengkap untuk anda yang mahu menjadikan Canva sebagai sumber pendapatan tambahan atau kerjaya sepenuh masa. Klik pada butang di bawah untuk mendapatkan ebook ini sekarang dan mulakan perjalanan anda bersama Canva!

Masih Ragu Dan Kurang Yakin Nak Buat Tempahan?
Mari saya berikan lagi satu
tawaran berat sebelah kepada
anda.Niat saya ingin membantu sahaja. Saya faham situasi anda. Anda khuatir pelaburan anda mungkin akan menjadi sia-sia?
Anda rasa RM30 yang anda keluarkan nanti macam tak berbaloi?
Jangan risau.! Buang segala keraguan anda itu.
Kerana saya ada tawarkan jaminan pulangan wang 100%.
Insuran Ilmu & Jaminan Pulangan Wang 100%!
Dengan setiap pembelian ebook “Duit Canva” ini. Anda akan disertakan sekali dengan jaminan kepuasan 100% atau wang anda dikembalikan.
Jika setelah anda dapatkan ebook ini dan mendapati segala isi kandungannya langsung tidak mendatangkan faedah dan manfaat kepada anda, saya akan pulangkan wang RM30 anda.
Ya, saya akan pulangkan wang anda TANPA BANYAK SOAL!
Setelah anda habis baca ebook ini, jika anda tidak berpuas hati, emailkan sahaja kepada kepada saya di admin@klikjer.com tentang rasa ketidakpuas-hatian anda itu.
Saya akan pulangkan wang anda.
Kalau anda perasan? Sebenarnya kan…Jika anda lihat betul-betul tawaran ini, anda memang langsung takkan rugi apa-apa untuk dapatkan ebook tersebut.
Segala risiko pembelian anda, akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak saya!
Klik Butang "Dapatkan Sekarang" Dibawah!
Inilah masanya untuk anda mulakan perjalanan anda untuk membina sumber pendapatan baru dalam hidup! Tidak kira sama ada anda seorang pelajar, suri rumah, atau individu yang sedang mencari peluang untuk menjana pendapatan tambahan, ebook ini mungkin menjadi jawapan dan sinar harapan yang anda perlukan.Jangan lepaskan peluang ini – masa untuk berubah adalah sekarang!

Yang Benar
Shafeeq LuqmanUser Tegar Canva
www.DuitCanva.com
P/s:- Jangan lupa, setiap langkah kecil yang anda ambil hari ini boleh membawa perubahan besar dalam hidup anda esok. Ebook "Duit Canva" bukan sekadar panduan – ia adalah peluang untuk anda mencipta pendapatan tambahan, membina keyakinan, dan membuka pintu ke dunia baru. Jangan tunggu sehingga peluang ini berlalu. Klik butang "Dapatkan Sekarang" dan mulakan langkah pertama anda hari ini!
P/p/s:- Bayangkan, dengan satu tempahan rekaan grafik kecil, anda mungkin sudah mampu menggandakan pelaburan anda untuk ebook ini. Kenapa tunggu lagi? Peluang hanya bermakna jika anda berani mengambilnya sekarang!
P/p/p/s: - Dalam situasi ekonomi yang mencabar, memiliki kemahiran tambahan seperti Canva boleh menjadi aset berharga. Ebook ini dirancang untuk membantu anda memahami potensi Canva sebagai alat untuk menjana pendapatan dengan mudah, cepat, dan tanpa kos permulaan yang besar.
Klikjer Publishing
(002746251-P) 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, MALAYSIA.
WhatsApp: +6011-33050950
Disclaimer:
Canva is a
Registered Trademark of
Canva.com. Klikjer
Publishing is not
affiliated with
Canva.com in any way,
nor does they sponsor or
approve any of products.
All trademarks mentioned
here are copyrighted by
their respective owners
Terms &
Conditions: The
access link for the eBook
will be automatically sent
to your email once payment
is confirmed and
successful. Please ensure
that the email provided
during purchase is
accurate. If you do not
receive the access link
within a few minutes after
payment, check your Spam
or Junk folder. Contact us
if the issue persists.
This eBook is for personal
use only. Sharing or
distributing the eBook to
third parties without our
written permission is
prohibited and constitutes
a copyright violation. By
making a purchase, you
agree to these Terms &
Conditions.
Privacy Policy:
Your privacy is important
to us. We gather basic
details like your name,
email, and payment
information for
transactions and service
improvements. We use
secure systems to keep
your data safe and do not
sell or share your
information. Our site also
uses cookies to enhance
user experience, which you
can disable in your
browser settings. We may
update this policy
periodically, so please
review it occasionally.
For questions, feel free
to contact us.
Earning Disclamer:
Any income or earnings
representations included
in this product are for
illustrative purposes only
and do not guarantee that
you will achieve similar
results. Earnings
potential is highly
dependent on the
individual, including
factors such as effort,
experience, and market
conditions. This product
provides tools and
strategies to help you,
but success is not
assured. There is no
promise or representation
that you will make any
specific amount of money
or any money at all. We
encourage you to apply
this information
thoughtfully and consult
professionals if
necessary.
Refund Policy:
Refund can
be requested within 30
days after purchase if
customer are not happy &
satisfied with our
product.